TM mahu tumpu perniagaan teras faktor lepas konsesi Menara KL

TM mahu tumpu perniagaan teras faktor lepas konsesi Menara KL

Telekom Malaysia berkata pada Oktober 2021 syarikat itu memutuskan tidak memperbaharui konsesi Menara KL dan memaklumkan kepada kerajaan.

Telekom Malaysia memberitahu TM melalui anak syarikat milik penuhnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), telah melaksanakan konsesi itu sejak 1996.
KUALA LUMPUR:
Telekom Malaysia Bhd (TM) menjelaskan Menara KL (MKL) adalah milik kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu dijalankan secara konsesi.

Dalam kenyataan hari ini, ia berkata TM melalui anak syarikat milik penuhnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) melaksanakan konsesi itu sejak 1996.

Bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM mahu menumpukan usaha dan sumber bagi mengukuhkan perniagaan teras iaitu telekomunikasi dan teknologi.

Oleh itu, selepas pertimbangan sewajarnya mengenai perubahan sifat perniagaan Menara KL daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM pada Oktober 2021 memutuskan tidak memperbaharui konsesi MKL dan memaklumkan kepada kerajaan.

Berikutan itu pada 2022, proses pemilihan untuk pemegang konsesi baharu telah diambil oleh kerajaan. TM telah dimaklumkan tentang syarikat yang dilantik bagi mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL.

MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan menara itu terus menarik pengunjung.

Pekerja akan bekerja dengan MKLSB bawah syarikat konsesi baharu selama sekurang-kurangnya tiga tahun untuk melindungi kebajikan mereka semasa peralihan tersebut.

Kenyataan itu juga menyatakan rujukan telah dibuat berhubung perubahan dalam pegangan saham MKLSB pada pengumuman kewangan suku ketiga TM kepada Bursa Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.