Mesej tular Bantuan Warganegara Malaysia RM900 palsu

Mesej tular Bantuan Warganegara Malaysia RM900 palsu

Pasukan Respons Pantas (PRP) KKD menasihatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan berkenaan.

Mesej tular pemberian Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) yang dikesan palsu. (Gambar media sosial)
PETALING JAYA:
Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan mesej tular berhubung pemberian Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 yang disyaki palsu.

PRP berkata bantuan itu kononnya akan dikreditkan kepada orang ramai bermula semalam menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Katanya, mesej tular itu dikenal pasti turut menggunakan modus operandi sama dengan mesej yang dikesan palsu sebelum ini.

“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan berkenaan,” menurut kenyataan itu di Facebook.

Orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya serta menyebar maklumat yang tidak pasti sebaliknya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.