
Dalam kenyataan hari ini, KDN memaklumkan, rekaan visual yang tersebar itu tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa.
“Segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pasport dan MyKad ini akan diumumkan oleh KDN melalui saluran komunikasi rasmi dari semasa ke semasa,” kata kementerian dalam kenyataan.
Pada 8 Jan lepas, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail membuat pengumuman rasmi berkaitan perancangan pelaksanaan pasport dan MyKad baharu tahun ini.
KDN turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan berautoriti bagi memastikan ketepatan serta kesahihan sesuatu maklumat.
Perkembangan rasmi berkaitan perkara itu boleh didapati melalui laman web dan media rasmi KDN , serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) .