Hantaran Twitter mengenai pengiktirafan UEC palsu, kata JPM

Hantaran Twitter mengenai pengiktirafan UEC palsu, kata JPM

Jabatan Perdana Menteri memaklumkan maklumat palsu itu disebar menggunakan akaun Twitter palsu Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Hantaran Twitter tular yang menggunakan akaun palsu perdana menteri mengenai UEC.
KUALA LUMPUR:
Maklumat yang tular dalam media sosial khususnya Twitter menerusi hantaran bertajuk ‘Pengiktirafan UEC akan dibincangkan dan usul akan diluluskan kelak oleh kerajaan perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan’, adalah palsu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam hantaran menerusi Facebook hari ini memaklumkan maklumat palsu itu disebar menggunakan akaun Twitter palsu Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

JPM dalam catatan itu juga menjelaskan mengenai perbezaan antara akaun Twitter perdana menteri yang sebenar dengan akaun Twitter perdana menteri palsu yang menyebarkan maklumat mengenai UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) berkenaan.

Menerusi catatan itu, JPM menunjukkan Twitter sebenar perdana menteri iaitu @anwaribrahim dan akaun yang menyebarkan maklumat palsu mengenai UEC iaitu @anwarinrahim yang menggunakan gambar perdana menteri sama seperti akaun Twitter sebenar.

Perdana menteri turut berkongsi catatan JPM melalui Facebook beliau hari ini.

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut JPM.

JPM turut meminta orang ramai supaya merujuk kepada akaun media sosial rasmi perdana menteri untuk berita sahih di semua platform media sosial iaitu akaun Facebook Anwar Ibrahim, akaun Twitter @anwaribrahim, Instagram @anwaribrahim_my dan TikTok @anwaribrahimnofficial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.