Tokoh pendidikan, Sidek Baba meninggal dunia

Tokoh pendidikan, Sidek Baba meninggal dunia

Anaknya, Izzuddin Sidek berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Prof Sidek Baba meninggal dunia pada usia 76 tahun. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tokoh pendidikan, Prof Sidek Baba meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Anaknya, Izzuddin Sidek berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar 7 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mohon didoakan agar roh ayahanda dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan para solihin dan muttaqin.

“Jenazah masih di PPUM untuk pengesahan pihak hospital dan protokol Covid-19,” katanya menerusi catatan Facebook.

Sidek yang dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pada 12 Jun 1946, pernah menjadi guru selama 18 tahun dan pensyarah Institut Aminuddin Baki selama lima tahun.

Beliau yang menghasilkan banyak buku dan artikel dalam media tempatan, adalah penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 peringkat kebangsaan.

Sidek dilantik sebagai timbalan dekan akademik Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan dekan Pusat Matrikulasi dari 1992 hingga 1994, serta timbalan rektor UIAM dari 1994 hingga 2002.

Sidek merupakan bekas rakan karib Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka pernah berjuang bersama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Tetapi, Sidek membuat kejutan pada 2013 dengan meninggalkan Anwar selepas berkawan lebih 30 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.