
Berita pemergian itu disahkan keluarga rapat Allahyarham, Shafinaz Suhaimi ketika dihubungi Bernama.
Jenazah Megat Najmuddin akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada 9 pagi bagi urusan pengurusan dan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Berita pemergian Megat Najmuddin dikongsikan anak saudaranya Puteri Kamaliah Megat Abu Bakar menerusi Facebook dan difahamkan beliau meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.
Megat Najmuddin pernah berkhidmat sebagai Adun Kelana Jaya, Selangor selama dua penggal sejak 1986 selain pernah dilantik sebagai ahli lembaga disiplin Umno dan pengerusi lembaga tatatertib Bersatu.
Selain bidang politik, beliau juga pernah memegang jawatan utama dalam sektor korporat termasuk pengerusi bukan eksekutif bebas Farm Fresh Berhad, pengerusi Asian Pac Holdings Berhad dan pengerusi bukan eksekutif dan bukan bebas Sime Darby Plantation Berhad.