Sultan Johor, TMJ zahir ucapan tahniah kepada Anwar

Sultan Johor, TMJ zahir ucapan tahniah kepada Anwar

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda ‘Sultan Ibrahim Sultan Iskandar’ sebentar tadi.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai perdana menteri ke-10. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda ‘Sultan Ibrahim Sultan Iskandar’ sebentar tadi.

Turut menzahirkan tahniah ialah anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga di laman Facebook rasmi baginda.

Ucapan berkenaan turut dizahirkan menerusi poster Ahli Parlimen Tambun di Facebook ‘HRH Crown Prince of Johor’.

Terdahulu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur, petang tadi.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.