12 pusat mengundi Parlimen Baram dibuka hari ini, menurut SPR

12 pusat mengundi Parlimen Baram dibuka hari ini, menurut SPR

Proses pengundian bermula 7.30 pagi ini melibatkan 11 daripada pusat mengundi yang digantung pada Sabtu.

SPR pada Sabtu lalu mengumumkan 12 pusat mengundi di Parlimen Baram ditangguh kerana cuaca tidak baik.
KUCHING:
Sejumlah 12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini, berkata waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2 petang, bergantung kepada pusat mengundi masing-masing.

Pusat mengundi terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah, SK Long Luteng, Rh TK Matthew Belulok Lalo, Kpg Lepo Gah, SK Long Sait, SK Long Tungan, SK Long Moh, SK Long Mekabar, SK Long Jekitan, SK Long Lamei, SK Lio Mato dan SK Long Banga.

Rh TK John Jau Wan di Long Semiang turut dibuka sebagai pusat mengundi tambahan.

Pada hari pengundian Sabtu lalu, SPR mengumumkan proses pengundian di 11 daripada 194 pusat mengundi untuk kawasan Parlimen itu digantung ekoran keadaan cuaca tidak baik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.