
Difahamkan pertemuan itu bagi menyembah maklum kepada Sultan Nazrin Shah berhubung keputusan PRU DUN bagi negeri Perak.
Pertemuan berlangsung dari kira-kira 10.20 pagi tadi hingga 11.30 pagi.
Ketika didekati pengamal media di luar pekarangan Istana Kinta, Nazri bagaimanapun enggan mengulas pertemuan berkenaan.
Terdahulu, turut kelihatan memasuki istana ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Setakat berita ini ditulis, tiada lagi wakil mana-mana gabungan menghadap Sultan Nazrin. Difahamkan, semua parti bermesyuarat hari ini untuk mencari “formula” terbaik bagi membentuk kerjasama.
PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi terbanyak dengan 26 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) 24 kerusi dan Barisan Nasional (BN) sembilan kerusi.