Ketua Pemuda PAS Sik cuma terlajak cakap, kata Sanusi

Ketua Pemuda PAS Sik cuma terlajak cakap, kata Sanusi

Menteri besar Kedah berkata, kesalahan dilakukan Shahiful Nasir itu bukanlah kesilapan besar seperti membunuh.

Ketua Pemuda PAS Sik, Shahiful Nasir mengundang kritikan ramai selepas berkata mereka yang mengundi pesaing PN akan masuk neraka.
JERLUN:
Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor menolak desakan supaya ketua Pemuda PAS dipecat selepas ucapan dalam kempennya yang mengatakan sesiapa mengundi selain Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum Sabtu depan akan masuk neraka.

Sanusi berkata adalah perkara biasa bagi orang ramai untuk melakukan kesilapan.

“Bukan sampai bunuh orang. Dia terlajak cakap. Perkara itu sudah ditarik balik,” kata Sanusi merujuk kepada Ketua Pemuda PAS Sik, Shahiful Nasir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Perikatan Nasional di sini.

Sanusi kemudian memohon maaf bagi pihak PAS Sik.

Shahiful menarik perhatian selepas berkata pengundi yang menyokong Barisan Nasional atau Perikatan Nasional dalam pilihan raya akan datang akan masuk neraka.

Beliau bagaimanapun sudah memohon maaf atas keterlanjuran ucapannya.

Awal hari ini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin juga memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kenyataan Shahiful.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.