Lelaki ditahan ‘tercuri’ motosikal polis

Lelaki ditahan ‘tercuri’ motosikal polis

Orang ramai memaklumkan anggota polis yang sedang bertugas di pondok polis Hospital Ampang berhubung tindakan mencurigakan seorang lelaki menolak sebuah motosikal.

Polis menahan lelaki berusia 34 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan kerana mencuri motosikal anggota polis yang diletakkan di tempat letak kenderaan Hospital Ampang kelmarin.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, anggota polis yang sedang bertugas di pondok polis Hospital Ampang dimaklumkan orang awam yang melihat tindakan mencurigakan seorang lelaki menolak sebuah motosikal.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota polis terbabit kemudian bertanya suspek berusia 34 tahun itu mengapa cuba mengalih motosikal berkenaan.

“Bagaimanapun suspek gagal memberi alasan munasabah dan disyaki ingin mencurinya.

“Polis kemudian merampas motosikal itu dan menahan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu didapati positif dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.