
Dalam kenyataan, Deepak berkata, beliau akan menyerahkan kertas pencalonannya esok, tanpa menyatakan sama ada akan bertanding bawah parti lain atau sebagai calon bebas.
“Saya memilih untuk keluar sebagai calon Gerakan di Pulai kerana sedar keberanian saya dan tiada halangan untuk menentang kleptokrat dan membantu mereka yang menjadi pejuang sebenar demokrasi,” katanya.
Deepak menambah, beliau akan menyertai gabungan yang selari dengan pandangan politiknya dan akan melindungi Malaysia daripada golongan kleptokrat.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PN Johor, Rasman Ithnain, berkata Deepak akan bertanding untuk gabungan itu pada pilihan raya.
Ini berlaku selepas Pengerusi Gerakan Johor Teo Kok Chee dilaporkan berkata, presiden parti Dominic Lau telah menamakan calon lain untuk bertanding di kerusi Pulai atas tiket Gerakan.
Menurut Teo, keputusan menggantikan calon itu dibuat Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dua hari lalu.