Khairuddin calon BN di Kuala Nerus

Khairuddin calon BN di Kuala Nerus

Penyandang Parlimen Kuala Nerus itu menjadi taruhan BN untuk merampas kerusi yang dimenangi PAS sejak 2013.

Khairuddin Aman Razali mempertahankan kerusi Kuala Nerus atas tiket PAS dengan majoriti 8,447 undi pada PRU14.
PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) mengumumkan bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali sebagai calon gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, sekali gus menamatkan spekulasi calon mana bakal diturunkan untuk menawan kerusi yang dimenangi PAS sejak 2013.

Khairuddin merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus selama dua penggal. Pada 2018, beliau mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 8,447 undi, mengalahkan calon BN, Tengku Asmadi Mohamad dan calon PKR, Abdullah Mohamed.

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, kurang sebulan selepas digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat parti itu.

Mac lalu, beliau dilaporkan tidak akan menyertai Umno atau menubuhkan parti baharu selepas meninggalkan PAS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.