
Lim, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan pada PRU15, berkata beliau akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasibnya.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu yang didakwa melakukan rasuah berhubung projek terowong dasar laut itu berkata kes terhadapnya tidak berasas.
“Bagi saya sendiri, tiada jejak wang, jadi saya fikir di situlah kita mahu serahkan kepada pengundi membuat keputusan,” kata Lim kepada pemberita pada satu majlis di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai penegasan Pusat Membanteras Rasuah & Kronisme (C4) bahawa ahli politik yang berdepan kes rasuah di mahkamah tidak sepatutnya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli politik ini, kata Pengerusi C4 Edmund Terence Gomez, perlu membersihkan nama mereka sebelum bertanding dalam pilihan raya.
Gomez juga berkata selain Lim, pemimpin lain presiden Umno dan Muda – Ahmad Zahid Hamidi dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga tidak sepatutnya bertanding dalam pilihan raya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata apa yang dinyatakan itu hanyalah pandangan Gomez.
“Kami menghormati pandangannya.”
Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii berkata terdapat keperluan untuk menganggap seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah.
DAP katanya, akan mempercayai sistem kehakiman dan membenarkan proses sewajarnya berlaku.
“Dan jika sesiapa disabitkan kesalahan, pendirian kami tetap sama, bahawa kami berdiri teguh menentang rasuah,” kata Yii.
Calon Pontian
Pada majlis itu, Loke turut mengumumkan penambahan calon kerusi Parlimen DAP PRU15, yang menjadikan jumlah keseluruhan 55 orang.
Shazwan Zainal Abidin diumumkan sebagai calon untuk Pontian, di mana beliau akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Ahmad Maslan dan Isa Hamid dari Perikatan Nasional.