Penunggang motosikal rempuh pembahagi jalan, kematian pertama di DASH

Penunggang motosikal rempuh pembahagi jalan, kematian pertama di DASH

Kejadian berlaku di KM15.7 lebuh raya tersebut, dekat Penchala, kira-kira 12.05 pagi tadi, menurut polis.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, disahkan maut di tempat kejadian.
PETALING JAYA:
Baru enam hari beroperasi, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) mencatatkan kemalangan maut yang pertama melibatkan sebuah motosikal.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian di KM15.7 lebuh raya tersebut, dekat Penchala, kira-kira 12.05 pagi tadi.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang terbabit terbabas melanggar pembahagi jalan dan terjatuh ke atas jalan.

“Mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 24 tahun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.