
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 naik kepada 1,628 kes semalam berbanding 1,291 kes kelmarin, dengan satu kematian dilaporkan.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 1,621 kes penularan tempatan manakala tujuh kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,859,136 kes dan 36,407 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 22,145 kes aktif Covid-19, termasuk 41 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 905 orang atau 4.1% menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,345 pesakit dilaporkan sembuh.