
Beliau mengumumkan perkara itu selepas menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 2.08 petang tadi.
“Sultan bertitah baginda mengambil maklum mengenai permohonan yang dikemukakan dan akan membuat pertimbangan sewajarnya.
“Oleh demikian, sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN Perak akan diumumkan selepas Sultan Nazrin perkenan membuat keputusan,” katanya dalam sidang media.
Parlimen dibubarkan pada Isnin lalu untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15, dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing supaya pilihan raya negeri dan persekutuan diadakan serentak, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.