Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,241 kes, 3 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,241 kes, 3 kematian

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri 1,240 kes penularan tempatan manakala satu kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,856,217 kes dan 36,403 kematian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,241 kes semalam berbanding 1,453 kes kelmarin, dengan tiga kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri 1,240 kes penularan tempatan manakala satu kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,856,217 kes dan 36,403 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 22,167 kes aktif Covid-19, termasuk 38 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 929 orang atau 4.2% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,843 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.