Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,186 kes, 7 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,186 kes, 7 kematian

Seramai 1,690 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 4,833,008 kes Covid-19 direkodkan dalam negara sejak Januari 2020. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,186 kes semalam berbanding 1,608 kes kelmarin, dengan tujuh kematian dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,185 kes penularan tempatan dan satu kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,833,008 kes dan 36,357 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 24,021 kes aktif Covid-19, termasuk 52 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.2% atau 22,874 pesakit menjalani kuarantin di rumah, seorang pesakit dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,094 orang atau 4.6% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,690 pesakit dilaporkan sembuh.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,080 kluster, dengan 14 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.