
Apabila Rahmat dilantik pada Julai, Lim berkata, beliau menjangkakan suruhanjaya hak asasi negara itu akan berhadapan masalah kerana diketuai seorang pengerusi yang dianggap menentang hak asasi manusia.
Ia susulan Rahmat dilaporkan sebagai penulis bersama satu kertas membantah ratifikasi konvensyen antarabangsa itu, pada 2019, bagi menyakinkan Majlis Raja-Raja menolak Statut Rom, yang mana Malaysia dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang ditadbir mengikut Statut Rom adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membabitkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
Bagaimanapun, dalam wawancara bersama Malaysiakini, Rahmat mendedahkan beliau tidak membantah Statut Rom, termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Rahmat menjelaskan, bahawa beliau hanya membantah ratifikasi Statut Rom, pada 2019, kerana bimbang pada masa itu, negara masih belum menjalani proses yang perlu dipatuhi ini dan beranggapan negara belum bersedia.
Dalam mengalu-alukan penjelasan Rahmat, Lim berkata, juga berpendirian sama dengan pengerusi Suhakam terutama mengenai negara masih belum bersedia memeterai perjanjian seperti itu.
Malaysia tidak sepatutnya meratifikasi ICERD sehinggalah majoriti kaum dan agama di Malaysia menyokongnya dan memahami yang konvensyen ini tidak menjadi ancaman kepada pelbagai kaum, agama, atau Perlembagaan, sebaliknya merupakan satu langkah ke hadapan untuk kita menyertai dunia dalam mempromosikan hak asasi manusia, katanya dalam kenyataan.
Lim berkata, ketika isu ICERD timbul pada penghujung 2018, DAP tidak tahu menahu memandangkan menteri dari parti itu, termasuk pemimpin DAP tidak dimaklumkan, sebaliknya mereka dituduh sebagai “kuasa gelap” mendesak ratifikasi ICERD.
Lim berkata, paling kurang apa yang boleh dilakukan Rahmat sekarang adalah menebus dirinya dan Suhakam dengan mengambil langkah untuk memulihkan negara dari episod kekecohan mengenai ICERD dan Statut Rom.