
FMT difahamkan pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal. Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan difailkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Prosiding dijalankan secara tertutup kerana kes melibatkan juvana.
Menurut kertas pertuduhan, remaja itu dituduh membunuh seorang pelajar perempuan 16 tahun di tandas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama Damansara (4), Bandar Utama, antara 9.20 pagi dan 9.35 pagi, 14 Okt.
Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, dan Nur Sabrina Zubairi mengendalikan pendakwaan.
Peguam Anwar Ezzad Zainal mewakili tertuduh.
Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk pengurusan kes.
Terdahulu, tertuduh tiba dengan van polis kira-kira 8.30 pagi. Dia diiringi masuk ke kompleks mahkamah melalui laluan alternatif, sekali gus mengelak media yang menunggu di lobi bangunan.