
Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Ab Muneim Ibrahim, berkata pengecualian 100% itu diberikan kepada syarikat pengangkutan berkelayakan dengan syarat yang ditetapkan.
“Pelekat antirasuah yang ditampal pada bas secara tidak langsung dapat menyebarkan maklumat dan kesedaran bukan sahaja kepada orang ramai, tetapi juga dalam kalangan pemandu dan kakitangan syarikat.
“Syarikat juga layak mendapat potongan cukai jika menjalankan aktiviti pendidikan berkaitan integriti dan antirasuah secara bersemuka atau dalam talian, sama ada menerusi seminar, forum dan walkabout atau hebahan media,” lapor Berita Harian.
Beliau berkata, terdapat enam kategori syarikat yang layak untuk mendapat potongan cukai iaitu yang berdaftar mengikut Akta Syarikat 2016; Akta Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2015; Akta Perkongsian 1961; Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; Akta Koperasi 1993 dan syarikat luar negara, yang menjalankan perniagaan di Malaysia.