SPRM kesan isu perolehan dalam beberapa kementerian

SPRM kesan isu perolehan dalam beberapa kementerian

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata akan bertindak agresif untuk menyelamatkan duit negara.

macc sprm
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya memandang serius isu ketirisan.
PETALING JAYA:
Beberapa kementerian dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikesan mempunyai isu perolehan.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata pihaknya memandang serius isu ketirisan.

“Saya akan lakukan tindakan agresif ini kerana ia adalah tanggungjawab agensi (SPRM) untuk menyelamatkan duit negara.

“Fasa ‘cuci pinggan mangkuk’ SPRM ini kami lakukan sejak 2009 lagi dengan melakukan pembersihan (rasuah),” katanya menurut Berita Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi Kementerian Pertahanan ‘pintu sudah dibuka’ Menteri Khaled Nordin.

“Saya menyambut baik dan hantar pegawai ke sana. Kami hanya nak membantu mengenai isu perolehan membabitkan ketirisan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.