Mohd Yusri dilantik ketua polis Perak baharu

Mohd Yusri dilantik ketua polis Perak baharu

Timbalan Ketua Polis Pahang Mohd Yusri Hassan Basri itu menggantikan Mior Faridalathrash Wahid yang bersara wajib.

Timbalan Ketua Polis Pahang Mohd Yusri Hassan Basri akan menggantikan Mior Faridalathrash Wahid sebagai ketua polis Perak, kata setiausaha polis, Noorsiah Saaduddin. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Timbalan Ketua Polis Pahang Mohd Yusri Hassan Basri akan menggantikan Mior Faridalathrash Wahid sebagai ketua polis Perak yang bersara wajib, bulan ini.

Setiausaha polis, Noorsiah Saaduddin, berkata selain itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman Baharuddin Ahmad yang akan ditukarkan ke jawatan timbalan pengarah cawangan khas I Bukit Aman.

“Jawatan Mohd Yusri akan digantikan oleh Komander 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ulu Kinta Perak Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff dengan memangku pangkat DCP.

“Selain itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dengan memangku pangkat SAC,” menurut kenyataan itu.

Noorsiah berkata, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian sama dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Ghazali Daud dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Selain itu, Noorsiah berkata, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) polis, Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff pula dilantik sebagai Komandan Maktab Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.