Tipu cuti sakit, Bomba Terengganu pecat 2 anggota

Tipu cuti sakit, Bomba Terengganu pecat 2 anggota

Bomba Terengganu dalam proses membuang tujuh lagi anggotanya atas kesalahan salah guna dadah, tidak hadir bertugas dan menipu dokumen kerajaan menerusi cuti sakit.

Pengarah Bomba Terengganu Md Haliman Abd Rashid, berkata membuang anggota bukan mudah kerana perlu melalui prosedur ketat dan proses yang lengkap.
PETALING JAYA:
Bomba Terengganu membuang dua anggotanya kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah, tidak hadir tugas dan menipu dokumen kerajaan melalui cuti sakit (MC), kata pengarahnya, Md Haliman Abd Rashid.

Katanya, keseluruhannya, seramai sembilan anggota dengan baki tujuh lagi dalam proses untuk dikenakan tindakan sama.

Beliau berkata, satu daripada tujuh anggota yang bermasalah digantung tugas, manakala kertas siasatan masih dijalankan dengan teliti bagi proses membuang bagi tujuh lagi kakitangan yang melanggar disiplin pasukan.

“Kebanyakan mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan tidak hadir tugas, manakala bagi yang menipu dokumen kerajaan iaitu cuti sakit juga berlaku dalam kalangan anggota kami.

“Kesemua kes ini disiasat sejak tahun lalu dengan melalui prosedur yang ketat kerana untuk membuang seseorang kakitangan awam bukannya mudah kerana perlu melalui proses yang lengkap,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.