
Beliau berjaya menamatkan pendakian pada ketinggian 8,611m bersama lima pendaki solo dunia lain sambil diiringi lima malim gunung pada Jumaat lalu.
“Saya berjaya kibarkan Jalur Gemilang di puncak K2, tanda semangat kemerdekaan yang seharusnya rakyat Malaysia tidak lupakan pada 31 Ogos depan.
“Menjadi seorang OKU tidak memperlihatkan diri kita lemah, sebaliknya kita mampu berjaya dengan membina kekuatan dalam diri, setanding dengan yang sempurna.
“Tiada yang mustahil untuk bangkit kembali jika kita terjatuh. Itu pengalaman pendakian yang saya tempuh dalam ekspedisi kali ini,” katanya kepada FMT.
Pada 12 Mei lalu, Ravichandran berjaya menawan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848m di Nepal buat kali ketiga selepas 2006 dan 2007.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan kejayaan Ravichandran sebagai luar biasa dan dibanggakan.
Katanya, semangat dan jiwa Ravichandran harus dijadikan teladan.
“Kejayaan Ravichandran sudah pasti merupakan antara hadiah tak ternilai untuk bulan merdeka nanti. Syabas,” tulisnya di Facebook.