Singapura tarik balik produk kek pisang dari Malaysia

Singapura tarik balik produk kek pisang dari Malaysia

Ia susulan kandungan asid sorbik melebihi had maksimum dibenarkan dikesan dalam produk itu.

Agensi Makanan Singapura berkata, langkah menarik balik produk kek pisang ‘Goods’ sedang dilakukan. (Gambar SFA)
SINGAPURA:
Singapura mengesan kandungan asid sorbik melebihi had maksimum dibenarkan dalam produk kek pisang “Goods” yang dijual di republik itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan pengimport Goods Huat Hee Marketing menarik balik produk berkenaan.

“Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut kemas kini syarikat itu di laman Facebooknya.

Kek pisang “Goods” berasal dari Malaysia.

Menurut SFA, asid sorbik adalah bahan tambahan yang dibenarkan untuk tujuan pengawetan.

“Pengambilan produk yang terjejas tidak mungkin menimbulkan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana ketoksikan yang rendah,” menurut SFA.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.