
Mengesahkan berita pemergian itu, keluarga Allahyarham menerusi kenyataan berkata, jenazah Allahyarham masih berada di hospital.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak Selasa lalu akibat masalah kesihatan.
Arshad, 93, ialah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak 1967 sehingga 1975 yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sepanjang hayatnya, Allahyarham menabur bakti di UiTM dan dilantik sebagai pro-canselor, selain pernah dipinjamkan sebagai timbalan gabenor Bank Negara Malaysia dan dilantik menjadi timbalan ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
Anak kelahiran Muar, Johor itu juga pernah bertugas sebagai ketua setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertanian serta Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.
Allahayarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun.