Lelaki maut Porsche terbabas

Lelaki maut Porsche terbabas

Kemalangan berlaku di Kilometer 55 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan, Pahang.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa berusia 22 tahun yang tersepit. (Gambar Facebook JBPM Bentong)
PETALING JAYA:
Lelaki maut selepas Porsche dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 55 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan, Pahang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.52 tengah hari dan seramai lima anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.

“Terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Porsche yang terbabas dan terdapat seorang lelaki dewasa meninggal dunia.

“Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat hidraulik mengambil masa kira-kira 10 minit,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.