UUM tarik larangan pelajar sertai aktiviti berkaitan Vinosiny

UUM tarik larangan pelajar sertai aktiviti berkaitan Vinosiny

Pada 27 Mei, universiti itu mengenakan larangan terhadap pelajarnya daripada bercakap secara terbuka, menganjur atau menghadiri sebarang aktiviti berhubung kematian S Vinosiny.

Universiti Utara Malaysia menasihatkan pelajar supaya sentiasa berhemah dalam apa juga tindakan memandangkan kes itu masih dalam siasatan.
PETALING JAYA:
Universiti Utara Malaysia (UUM) menarik semula larangan terhadap pelajarnya daripada bercakap secara terbuka, menganjur atau menghadiri sebarang aktiviti berkaitan kematian S Vinosiny yang dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik asramanya.

Dalam kenyataannya, bagaimanapun pihak universiti itu menasihati pelajar supaya sentiasa berhemah dalam apa juga tindakan memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Pada 27 Mei, UUM menasihatkan pelajarnya agar kekal bertenang, selain melarang mereka tidak bercakap secara terbuka, menganjur atau menghadiri aktiviti membabitkan isu kematian Vinosiny.

Larangan itu ditujukan terhadap penganjuran forum dan majlis berkabung yang dianjurkan pelajar bagi memperingati Vinosiny, termasuk menuntut keadilan.

Dalam kenyataan sama, UUM akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pelajar yang melanggar arahan dikeluarkan.

Pada 24 Mei, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian pelajar berusia 21 tahun itu. Kes berkenaan ketika ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, menurut laporan Harian Metro.

Siasatan awam mendapati pelajar terbabit dipercayai mengalami sawan, namun polis masih menunggu laporan kimia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.