Hans Isaac, Altimet gagal rebut jawatan ketua PKR bahagian Ampang

Hans Isaac, Altimet gagal rebut jawatan ketua PKR bahagian Ampang

Dua selebriti itu tewas kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang memperoleh 942 undi.

Hans Isaac (kiri) dan Altimet yang bersaing untuk jawatan ketua PKR bahagian Ampang masing-masing hanya mendapat 609 undi serta 589 undi.
PETALING JAYA:
Pengarah dan pelakon, Hans Isaac serta penyanyi rap, Altimet kecundang dalam perebutan jawatan ketua PKR bahagian Ampang.

Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac, 51, meraih 609 undi, manakala Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, hanya mendapat 589 undi.

Menurut laporan Berita Harian, dua selebriti itu kalah kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang memperoleh 942 undi.

Sementara itu, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memenangi jawatan ketua bahagian Pandan dengan 548 undi, menewaskan pencabarnya, Mohamad Rashidi Hasan yang meraih 373 undi.

Di bahagian Gombak pula, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang meraih 1,858 undi berjaya menundukkan pencabarnya yang juga bekas pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sekadar memperoleh 1,215 undi.

Setakat 1.45 petang tadi, tiga negeri sudah mengumumkan keputusan bagi pemilihan PKR, iaitu Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.