
Dalam kemalangan pada 2.35 pagi di KM11.9 Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Sungai Dua itu, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut polis, mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu itu dipercayai menunggang motosikal milik bapanya.
Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Radzi Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta ketika dia mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum dia dilanggar dua kereta datang dari arah belakang yang tidak sempat mengelak,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.