
“Tren akan bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform. Penumpang dinasihatkan mencari alternatif pengangkutan,” kata RapidKL dalam ciapan di Twitter pada 9.57 pagi.
Insiden yang mengecewakan ini mendapat perhatian di media sosial dengan seorang warganet, @thatsmyfullname, mencadangkan setiap stesen menyediakan surat permohonan maaf yang dapat ditunjukkan oleh pekerja kepada majikan apabila lewat disebabkan perkhidmatan tren.
“Imej yang buruk bagi pengangkutan awam Malaysia. Kenapa tiada penyelenggaraan?” kata @shenggui04.
Terdahulu, RapidKL berkata, tren yang “gagal” itu telah dikeluarkan daripada perkhidmatan. Sejam kemudian, ia meminta penumpang di stesen Taman Jaya menaiki tren di Platform 1 menuju ke arah Putra Heights.
Petang semalam, dalam satu insiden serupa, sebuah lagi tren yang “gagal” di laluan Ampang/Sri Petaling dikeluarkan daripada perkhidmatan.
Lewat hari yang sama, perkhidmatan dilaporkan kembali normal.