472 kawasan di Selangor serta Putrajaya terjejas bekalan air akibat pencemaran sungai

472 kawasan di Selangor serta Putrajaya terjejas bekalan air akibat pencemaran sungai

Air Selangor mengumumkan LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas buat sementara selepas pencemaran dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

LRA Sungai Semenyih dihentikan pada 6.15 pagi manakala LRA Bukit Tampoi pada 11.30 pagi selepas pencemaran dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Selangor serta Putrajaya terjejas bekalan air akibat pencemaran sungai, yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas buat sementara.

Air Selangor mengumumkan kawasan terbabit akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 3 petang. Kawasan terjejas adalah 172 kawasan di Petaling, 54 di Hulu Langat, 196 di Sepang, 23 di Putrajaya, dan 27 di Kuala Langat.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, LRA Sungai Semenyih dihentikan pada 6.15 pagi tadi manakala LRA Bukit Tampoi pada 11.30 pagi selepas pencemaran dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

“Para pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.