Hantaran tular berkait bantuan suri rumah palsu, kata JKM

Hantaran tular berkait bantuan suri rumah palsu, kata JKM

JKM berkata orang ramai disaran merujuk laman sesawang rasmi JKM untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

Orang ramai tidak harus mudah mempercayai maklumat palsu, sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab, menurut JKM.
PETALING JAYA:
Hantaran bertajuk “Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 – Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas” yang tular di media sosial adalah palsu, kata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM memberitahu bahawa orang ramai harus merujuk kepada laman sesawang rasmi JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

“Orang ramai juga dinasihati agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu.

“Sebaliknya mereka perlu menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini,” katanya menerusi kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.