
Beliau berkata demikian susulan tindakan peniaga dikesan menjual ayam segar melebihi harga siling RM8.90.
“Satu sen lebih pun dah jadi kesalahan, apa lagi jika ia dijual sehingga RM10 sekilogram, itu adalah kesalahan besar,” katanya menurut laporan Berita Harian.
“Tidak kira apa sahaja alasan yang diberikan, kerana kita sudah buat sekatan harga maksimum di pelbagai peringkat, termasuk di ladang, pemborong dan peruncit.
“Kita sudah mengambil kira margin (keuntungan) mereka, jika di peringkat borong jual terlalu mahal, dia (pemborong) itu sudah buat kesalahan kerana jual melebihi harga yang ditetapkan. Jadi, kita minta jasa baik pengguna yang ada laporan mengenai ini untuk salurkan kepada kita untuk kita siasat.”
Akhbar itu sebelum ini melaporkan kebanyakan peniaga di beberapa pasar basah utama di Pandan dan Larkin, Johor menjual ayam segar antara RM9.50 hingga RM10, iaitu 60 sen sehingga RM1.10 lebih tinggi.
Peniaga mengadu mereka dalam keadaan tersepit kerana menerima bekalan pada harga tinggi, iaitu RM8.60 sekilogram daripada pembekal.
Pada 5 Feb lalu, Nanta mengumumkan harga siling runcit bagi ayam standard adalah RM8.90 dan ia akan dikuatkuasakan selama 121 hari sehingga 5 Jun ini bagi menjamin kestabilan harga ayam dan makanan berkaitan harga mentah.