
“Faktanya, kita kalah usul. Jalan yang betul sekarang adalah kembali kepada rakyat, iaitu kita mempunyai alasan sekarang untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya ketika membahaskan RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022.
“Pada saya, dalam soal ini, kami telah kehilangan asas moral untuk terus menjadi kerajaan. Jadi saya serahkan kepada parti saya untuk membuat keputusan.
Tonton video di sini.
Katanya, kini, keadaan sudah berbeza walaupun beliau sebelum ini menolak gesaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disegerakan memandangkan adanya memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan pembangkang.
“Tapi hari ini saya tiada asas moral untuk berdiri di sini dan mengatakan bahawa kita tak perlu membubarkan Parlimen.”
Semalam media melaporkan, usul kerajaan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 lima tahun lagi gagal melepasi undi belah bahagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, kerajaan dilihat tidak lagi mendapat sokongan wakil rakyat susulan kegagalan meluluskan usul berkenaan.
Beliau menyifatkan keadaan itu sangat “kritikal” apabila sesuatu usul yang dibawa kerajaan kalah di Parlimen.
“Apabila kerajaan tidak mampu menang usul di Dewan Rakyat, agak sukar untuk membayangkan bahawa kerajaan akan mampu menggubal undang-undang dan dasar yang baik untuk memulihkan negara tanpa diganggu-gugat oleh ketidakstabilan politik seperti sekarang.
“Jika keadaan ini berterusan, pelabur akan terus menjauhkan diri, justeru rakyat akan kekal tidak ada kerja,” katanya di Facebook.
Isham berkata, bagi mengatasi perkara itu Parlimen harus dibubarkan bagi membolehkan PRU15 diadakan.