
Ini termasuk dalam pindaan Akta Kerja 1955 yang diluluskan di Dewan Rakyat menerusi undian suara hari ini.
Lanjutan ini sejajar dengan cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Di bawah Konvensyen 183 yang diluluskan pada 2000, kerajaan perlu memberi jaminan cuti bersalin berbayar selama 98 hari (14 minggu).
Cadangan meningkatkan tempoh cuti bersalin julung kali dicadangkan Kementerian Sumber Manusia di bawah kerajaan Pakatan Harapan pada 2019, daripada 60 hari kepada 75 hari.
Sejak itu, pelbagai kumpulan hak sivil menggesa cuti bersalin dilanjut kepada 98 hari.
Selain cuti bersalin, Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan akta untuk cuti paterniti berbayar selama tujuh hari. Tempoh baharu itu diumumkan Kementerian Sumber Manusia pada 15 Mac lalu.
Sebelum ini, kerajaan mencadangkan cuti paterniti berbayar hanya tiga hari, tetapi kumpulan masyarakat sivil menyatakan tempoh itu tidak mencukupi.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim ketika membentangkan pindaan itu di Dewan Rakyat hari ini, menolak cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari untuk cuti paterniti tidak diberikan berturut-turut kerana ia bukan masa sesuai melaksanakan dasar itu.