
Tinjauan mendapati 41.3% ahli perniagaan ditinjau berkata, mereka mengambil lebih ramai pekerja lelaki.
“Peralihan nisbah pekerjaan lelaki kepada wanita lebih tinggi “adalah untuk mengurangkan kesan daripada cuti bersalin yang lebih tinggi”, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia.
Mereka menggesa kerajaan mengurangkan kos lanjutan cuti bersalin yang ditanggung oleh syarikat.
Ini mungkin diperturunkan melalui Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) atau Sistem Insurans Pekerjaan, atau kerajaan boleh berkongsi kos untuk tambahan 38 hari.
Cuti bersalin sebelum ini diberikan selama 60 hari.
Kaedah ketiga ialah kerajaan menggandakan potongan cukai bagi kos ditanggung untuk hari tambahan tersebut.
Katanya, tiga langkah itu perlu dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan syarikat besar.
Tinjauan itu adalah mengenai keadaan perniagaan dan ekonomi antara Julai dan Disember tahun lalu. Mereka ditinjau termasuk 17 dewan perniagaan dan 25 ahli bersekutu, terdiri daripada syarikat, persatuan perdagangan dan ahli perniagaan.
Jelasnya lagi, trend ke arah mengupah lebih ramai lelaki menunjukkan “tidak petanda baik untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh dan menggalakkan kesaksamaan jantina”.