
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim disahkan positif Covid-19 hari ini.
Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang, Shukri Saad berkata, Anwar diuji positif selepas melakukan ujian PCR di Parlimen hari ini.
“Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini,” katanya dalam kenyataan
Beliau berkata, Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Terdahulu beberapa pemimpin politik dilaporkan positif Covid-19, antaranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.