Dasar stabil, reformasi berani dorong kejayaan kerajaan, kata PM

Dasar stabil, reformasi berani dorong kejayaan kerajaan, kata PM

Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berkhidmat dengan amanah dan membina negara adil.

Anwar Ibrahim berkata segala pencapaian bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan rakyat menjadi pendorong kejayaan Kerajaan MADANI hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan pelaksanaan agenda pertumbuhan yang inklusif.

Pada peringkat antarabangsa pula, perdana menteri berkata hubungan erat antara kerajaan dengan pelbagai negara serta kumpulan kepimpinan dunia, telah membuka ruang kepada pelaburan strategik selain memperkukuh kedudukan Malaysia di persada global.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.

“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan Madani akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” kata perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.