Jawatankuasa khas siasat kes kematian Adib mohon maklumat orang awam

Jawatankuasa khas siasat kes kematian Adib mohon maklumat orang awam

Orang awam yang mempunyai maklumat atau bukti bergambar serta video kejadian diminta tampil ke depan, kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata berkata proses pencarian fakta dilaksanakan secara intensif sejak Januari lalu dengan kerjasama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Peguam Negara.
KUALA LUMPUR:
Jawatankuasa khas siasatan kes kematian allahyarham Adib Mohd Kassim memutuskan untuk mendapatkan kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau bukti bergambar serta video kejadian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata mereka yang tidak berpeluang tampil ke depan untuk memberikan maklumat boleh menghubungi sekretariat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

Sekretariat berkenaan ialah Yusof Ali yang boleh dihubungi di talian 03-8885 1920 atau e-mel [email protected] atau Sanjeetha Nair di talian 03-8885 1209 atau e-mel [email protected], menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Junaidi, yang juga Pengerusi jawatankuasa khas siasatan kematian allahyarham Adib Mohd Kassim, turut memaklumkan telah menerima laporan interim daripada jawatankuasa khas teknikal kematian allahyarham Adib Mohd Kassim, hari ini.

“Laporan interim ini adalah berdasarkan maklumat sedia ada serta tindakan yang telah diambil oleh ahli jawatankuasa teknikal dalam mendapatkan fakta lanjut berkaitan kes ini,” katanya.

Beliau berkata proses pencarian fakta itu dilaksanakan secara intensif sejak Januari lalu dengan kerjasama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Peguam Negara.

“Proses ini penting bagi memastikan laporan yang dihasilkan dapat diterjemahkan dengan telus, adil dan saksama,” katanya.

Laporan interim yang disiapkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penubuhan jawatankuasa khas teknikal itu telah dibentangkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Khas Teknikal Dr P Sundramoorthy.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.