
Kini, seorang ketua negeri dan seorang bekas pelatih cukup disiplin itu bersemuka sekali lagi — dalam pertemuan semula sarat dengan kenangan silam dan penghormatan yang tidak pernah padam.
Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Harbhajan Singh — protégé dan mentor — kembali bersua muka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pertemuan berkenaan, bukan sekadar saling berjabat tangan, bahkan ia menjadi satu detik pengiktirafan.
Masih segar dalam ingatan Wan Junaidi mengenang latihan keras bagi membentuk kadet menjadi pegawai. “Harbhajan jadikan kami lelaki sejati,” kongsinya kepada tetamunya itu.

Harbhajan, 85, sekadar diam mendengar, namun raut wajahnya tampak bangga lebih-lebih lagi Junaidi, antara ribuan anak buahnya, kini menjadi ketua negeri.
Dalam memoirnya berjudul ‘A Policeman’, Wan Junaidi menggambarkan pelatihnya seorang yang ‘biasa-biasa dan rendah hati, fasih berbahasa Inggeris, sangat cergas, tubuhnya sasa, berwajah garang, keras serta penuh disiplin’.
Di sebalik ketegasan itu, tersembunyi suatu kod nilai yang membentuk perjalanan hidup seorang kadet muda — dalam seragam, di gelanggang politik dan kini di istana.
“Jangan nak lepas tengkuk sendiri sahaja,” pesan Harbhajan kepada anak buahnya. “Hadapi kesukaran hidup, walau sakit macam mana sekalipun.”
Kata-kata itu terus menjadi pedoman Wan Junaidi — dari rimba perjuangan menentang pengganas komunis, ke Parlimen sebagai timbalan speaker, speaker Dewan Negara dan menteri Kabinet, hinggalah kini sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Masa, kebenaran, keberanian – terpahat dalam dirinya.
Harbhajan mengukir senyuman. ”
“Saya tidak sangka orang berpangkat tinggi ini masih ingat saya. Ikatan inilah benar-benar bermakna.”
Namun, Harbhajan bukan sekadar pelatih biasa. Beliau lebih daripada itu.
Beliau adalah samurai.
Harbhajan sang samurai
Gelaran itu diberi ketika munculnya malam 1971, di Sungai Gadut Estate, dekat Seremban.

Empat perompak menyerbu sebuah rumah judi bersenjatakan parang dan pedang samurai. Mungkin kebanyakan akan berdiam diri atau menunggu bantuan tiba, tetapi tidak bagi Harbhajan.
Menunggu masa tepat untuk bertindak balas, beliau terpandang pedang milik tuan rumah judi itu. Dalam sekelip mata, beliau tangkas mengambilnya dan menyerang.
Besi bertemu besi, saat beliau mengempur kumpulan itu. Dua perompak rebah cedera, dan keempat-empatnya akhirnya berjaya diberkas.
Seperti angin lalu, khabar tersebar pantas ke seluruh Negeri Sembilan: Seorang anggota polis tanpa gentar menentang penjenayah bersenjata pedang.
Kumpulan penjenayah lain mula gerun, rakan seperjuangan menyanjung, dan orang ramai berbisik kagum nama baharu.
Samurai.
Malah, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menamakannya sebagai ‘Shintaro’, sempena pendekar pedang dalam siri televisyen ‘Jepun the Samurai’.
Sejak hari itu, Harbhajan tidak lagi sekadar memikul pangkat — beliau membawa suatu legenda, yang hingga kini terus hidup di Samurai Villa, kediamannya di Taman Serene, Johor Bahru.
Penggempur jenayah tanpa gentar
Pertarungan pedang hanya satu daripada babak dalam kerjayanya yang cukup mencabar.
Sebagai konstabel di Seremban, Harbhajan pernah mengawal lalu lintas apabila tiba-tiba terlihat seorang lelaki berlari pantas sambil menggenggam sampul surat.
Merasakan ada sesuatu tidak kena, beliau segera mengejar dan menjatuhkannya dengan satu tendangan terbang. Rupanya, lelaki itu baru sahaja merompak.
Tindakan sepintas lalu yang terbit daripada naluri dan keberanian itu, menghadiahkan Harbhajan untuk dipindahkan ke cawangan kongsi gelap.
Dari situlah, beliau membina nama yang cukup digeruni samseng dan dikagumi pegawai atasan.
Siasatan yang dikendalikannya telah menghantar 18 lelaki ke tali gantung, dan tujuh lagi ditembak mati dalam pertempuran sengit.
Harbhajan merampas lebih 28 senjata api, termasuk dua mesingan Sterling, dan satunya pernah hilang dalam satu serang hendap — namun berjaya dirampas kembali daripada tangan seorang penjenayah.
Beliau berjaya menumpaskan kumpulan ‘Whistling Gang’ di Pontian, dengan merampas 10 senjata selepas insiden tembak-menembak.
Di Negeri Sembilan dan Johor, beliau berdepan penjenayah bersenjata dan menyelesaikan banyak kes pembunuhan.
Keberaniannya seakan dongeng dalam kalangan rakan sekerja. Orang samseng mengenali namanya. Jalanan pula menghormatinya.
Bagi rakan sepasukan, Harbhajan adalah orang yang paling dimahukan ketika saat bahaya mengancam.
Samurai dan kayu hoki
Jika pedangnya adalah besi, maka ‘senjata keduanya adalah kayu’.
Di padang hoki, Harbhajan menghayun kayu semacam pedang. Pantas, tepat, dan tidak pernah mengalah — gayanya mencerminkan kod disiplin yang akhirnya menghadiahkannya gelaran masyhur itu.
Dari 1960 hingga 1974, beliau mewakili pasukan polis, Selangor, dan Negeri Sembilan sebagai penyerang di bahagian sayap kiri.

Rakan sepasukan berkata, beliau mampu menukar cara bertahan kepada siri serangan dalam sekelip mata, merobek barisan lawan dengan kawalan tajam kayu persis bilah katana.
Sebagai jurulatih, lagendanya terus mekar. Pada 1974, beliau membawa Negeri Sembilan meraih kejuaraan Piala Merdeka. Dua tahun kemudian, menghadiahkan pula pasukan itu gelaran sulung Piala Razak.
Beliau selepas itu melatih skuad Piala Razak dan Sukma Johor, menghadiri kursus antarabangsa lanjutan di Karachi, dan pada 1993 mengetuai pasukan wanita Thailand dalam Sukan SEA di Singapura.
Sebagai pentadbir, beliau kini memimpin Persatuan Hoki Daerah Johor Bahru, yang beliau bangga menyebut badan daerah terbaik di negara ini.
Ke masa sahaja, beliau sangat menekankan disiplin, ketajaman, keberanian – kod Samurai dalam sukan.
Bentuk peribadi, bentuk pemimpin
Kod tersebut bukan sahaja membentuk pemain hoki, malah terpakai kepada pemimpin negeri.
Wan Junaidi adalah antara ramai kadet di bawah bimbingan Harbhajan di Kuala Lumpur pada 1964, ketika program ‘kadet pesuruhjaya’ merekrut anak-anak Sarawak dalam pasukan polis.
Beliau kemudian menceburi bidang guaman, berkhidmat di bawah tiga perdana menteri, memegang tiga portfolio kementerian, diangkat sebagai timbalan speaker, mengetuai Dewan Negara, dan akhirnya menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Dalam memoirnya, Wan Junaidi mahu mengabadikan seorang koperal: insan yang mengajarnya tentang ketepatan masa, kejujuran, semangat setiakawan, serta keberanian.
Selama 16 bulan buku itu tertangguh kerana Wan Junaidi enggan menerbitkannya sebelum berjaya menjejaki Harbhajan — potongan terakhir yang melengkapkan kisah hidupnya.
Harbhajan. Begitu bernilai sebagai mentor Wan Junaidi.
Penerus legasi sang samurai
Harbhajan dilahirkan pada 1941, anak kepada Amar Singh, seorang tukang masak bagi anggota polis Sikh dan majlis masyarakat Punjabi di Seremban, yang pada masa sama berkhidmat sebagai konstabel khas dan kemudian menjadi seorang pendeta.
Pada 1952, Amar terselamat daripada serangan hendap komunis di depoh minyak Shell di Bukit Tembok, beliau cedera di tangan susulan melawan empat penyerang. Keberanian itu meninggalkan kesan mendalam.
Diinspirasi dengan insiden berkenaan, Harbhajan bermula dari Sekolah King George V, tempat beliau dinobatkan sebagai ahli sukan serba boleh terbaik pada 1959, menuju sebuah kerjaya yang menjadikannya bukan sahaja penggempur jenayah digeruni, tetapi juga seorang ahli sukan disegani.
Bina keluarga
Kod yang menjadi pegangan hidupnya terus mengalir dalam keluarganya.
Hari ini, Harbhajan menjalani kehidupan dengan lebih sederhana, dikelilingi mereka yang mencerminkan semangatnya.
Beliau mempunyai dua anak lelaki, dua anak perempuan, dan sembilan cucu — “Itulah hidup saya sekarang,” katanya lembut yang meredakan ketegasan lama.

Anak sulungnya, Baljit, pernah mewakili negara dalam hoki dan golf peringkat junior, kini mengendalikan sebuah syarikat pakar keselamatan, dan selain ada membintangi watak seorang polis dalam filem Melayu, Belang.
Anak Baljit, Priitpaal, 11 tahun, turut berlakon dalam filem sama dan sedang mengasah bakat sebagai prospek pemain golf muda.
Seorang lagi anak lelaki Harbhajan, Keshmahinder, mewakili Johor dalam hoki, manakala anak perempuannya, Selvinder Kaur, terus menonjol di gelanggang golf.
Pengakhiran bermakna
Bagi Harbhajan, kehidupan kembali kepada asal mulanya.
Insan yang dulu digeruni di padang kawad dan padang hoki, kini berbangga dengan kadet-kadetnya yang dibentuk, selain dikelilingi keluarga tersayang.
Dalam detik pertemuan semula dengan Wan Junaidi, masa lalu tidak pernah pudar; ia menjadi lebih tajam, sebagai ingatan jolokan Samurai masih teguh berdiri, kekal dikenang, dan terus dihormati.
Kisahnya tidak berakhir. Ia hidup dalam setiap tabik hormat, setiap jabat tangan, setiap memori mengenai insan yang jiwanya kental mengakar kekuatan demi orang lain.