Polis siasat kes tipu jual tiket bas VTL

Polis siasat kes tipu jual tiket bas VTL

Siasatan dijalankan susulan laporan diterima berhubung penipuan penjualan tiket itu yang dibeli secara dalam talian dan menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pasukan polis Singapura dalam siasatan kes. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Polis Johor sedang menyiasat kes penipuan membabitkan penjualan tiket bas laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima semalam berhubung penipuan penjualan tiket itu kepada pekerja Malaysia di Singapura yang dibeli secara dalam talian dan juga menerusi Facebook.

“Polis Kontinjen Johor ambil maklum isu yang dilaporkan dan akan menjalankan siasatan terperinci,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pasukan polis Singapura dalam siasatan kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.