
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 3.10 petang ketika hadir memberi keterangan.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api serta pembangunan pelabuhan di Wilayah Songkhla, Thailand.
“Pihak kami telah melakukan tindakan menggeledah pejabat dan rumah lelaki itu dan membuat pengesanan saksi yang terlibat serta merakam kenyataan beliau bagi mendapatkan maklumat berkaitan saksi yang terlibat,” katanya.
Sumber itu turut memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap lelaki tersebut akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok.
Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.