
Menurut jurucakap himpunan, Tarmizi Anuwar polis bagaimanapun memberikan kebenaran untuk peserta berarak ke Brickfields.
“Polis benarkan himpunan ke Brickfields sahaja tapi kita dalam proses rundingan untuk benarkan kita ke Masjid Negara.
“Kita akan bergerak ke hadapan dan tengok sampai mana kita boleh pergi,” katanya yang juga Bendahari Parti MUDA.

Tambah Tarmizi, pihaknya akan berusaha untuk mematuhi segala arahan pihak berkuasa agar himpunan ini berjalan secara aman.
“Kita akan hormat arahan pihak berkuasa dan beri kerjasama. Kita akan berusaha untuk mengadakan himpunan secara aman,” katanya.
Kira-kira 500 penunjuk perasaan yang mengenakan pakaian serba hitam menyertai himpunan #TangkapAzamBaki.

Laungan “Hidup Rakyat! Tangkap Azam Baki!” bergema di stesen LRT Bangsar yang dilaungkan beberapa penunjuk perasaan himpunan #TangkapAzamBaki.
Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk bertulis “lawan” dan “lawan korupsi”. Sementara yang lain turut kelihatan membawa topi keledar.