
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan itu pada 9.22 pagi.
Menurutnya, seramai tujuh anggota ditugaskan untuk menghantar pegawai perubatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ke rumah Allahyarham Samsuddin Omar, 63, yang meninggal dunia akibat sakit tua.
“Pasukan bomba membantu membawa pegawai PKD menyeberang jambatan yang sudah dilimpahi air ke rumah arwah dengan menaiki bot untuk mengambil sampel ujian Covid-19.
“Bagaimanapun selepas dua jam, keputusan Covid-19 arwah didapati negatif dan anggota bomba membantu keluarga lelaki itu untuk memindahkan jenazah ke masjid yang terletak di kawasan selamat,” katanya.
Katanya, jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pas, di sini.