Rekahan tanah di susur keluar Bulatan Melawati, pengguna jalan raya diminta waspada

Rekahan tanah di susur keluar Bulatan Melawati, pengguna jalan raya diminta waspada

Berlaku pergerakan tanah di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda Shah Alam pada awal pagi hari ini.

Kawasan berhampiran Bulatan Melawati menuju susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang yang dikesan mengalami pergerakan tanah. (Gambar MBSA)
PETALING JAYA:
Pengguna jalan raya yang melalui Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 menuruni Bulatan Melawati keluar ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang diminta berhati-hati dan memandu perlahan susulan pergerakan tanah dipercayai akibat hujan lebat yang melanda Shah Alam, awal pagi tadi.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, tindakan awal sudah diambil dengan kawasan terlibat sudah ditutup kanvas bagi mengekang pergerakan tanah.

“Mohon pengguna jalan raya agar berhati-hati melalui susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati kerana ada kesan rekahan.

“Tindakan sementara adalah dengan memasang kanvas dan menutup sebelah lorong,” menurut makluman menerusi Facebook rasmi MBSA.

Terdahulu, tular rakaman audio dan gambar memaparkan tanah di susur keluar Bulatan Melawati ke Klang mengalami rekahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.