LRA Semenyih 2 dihenti tugas, 70 kawasan Hulu Langat terjejas bekalan air

LRA Semenyih 2 dihenti tugas, 70 kawasan Hulu Langat terjejas bekalan air

Sebelum ini Loji Rawatan Air Langat 2 dan LRA Sungai Langat dihenti tugas berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.

Air Selangor berkata pihaknya belum dapat memastikan bila LRA Semenyih 2 kembali beroperasi sepenuhnya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terpaksa menghenti tugas satu lagi loji rawatan air iaitu LRA Semenyih 2, hari ini, berikutan peningkatan paras air yang masuk ke rumah pam air mentah.

Berikutan itu, sebanyak 70 kawasan di wilayah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Menurut kenyataan Air Selangor, pihaknya belum dapat memastikan bila LRA Semenyih 2 kembali beroperasi sepenuhnya.

Air Selangor akan menggerakkan bantuan bekalan air alternatif menggunakan lori tangki air secara berperingkat kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terbabit menerusi laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan LRA Sungai Langat dihenti tugas berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.