Kereta percuma, penghantaran percuma, dan diskaun 50% di Jualan Lazada 12.12

Kereta percuma, penghantaran percuma, dan diskaun 50% di Jualan Lazada 12.12

Menangi satu Nissan Almera Turbo serta nikmati diskaun sehingga 50% dan 50,000 baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum.

Lazada 12.12 mempunyai banyak tawaran jadi pastikan ingat tarikh itu.
KUALA LUMPUR:
Sempena, Jualan Besar Akhir Tahun 12.12 tahun ini, Lazada menyebarkan kegembiraan buat rakyat Malaysia dengan menawarkan ribuan baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari, dengan pelbagai tawaran dan ganjaran hebat.

Jualan tahun ini istimewa kerana ia menandakan ulang tahun ke-10 acara Jualan Mega 12.12.

Mulai sekarang hingga 14 Dis, 50,000 baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum akan diberikan setiap hari pada jam 8 pagi menerusi laman penghantaran percuma Lazada.

Pengguna juga boleh mengumpulkan baucar setiap hari antara 8 pagi hingga 12 tengah hari untuk menerima diskaun RM5 secara automatik bagi caj penghantaran apabila membeli barangan terpilih dengan ikon “penghantaran percuma”.

Berjuta-juta produk daripada beribu-ribu penjual yang layak untuk baucar penghantaran percuma tersebut, termasuk jenama LazMall seperti Pandora, OxWhite dan banyak lagi.

“Jualan mega Lazada telah berkhidmat selama sedekad untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan berbagai peniaga kecil, jenama, dan perniagaan dalam talian. Jualan mega kami yang bermula apabila Lazada hanya berusia beberapa bulan dengan cita-cita untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital tempatan, kini telah berkembang dan dianggap sebagai piawaian industri. Sebagai tanda penghargaan kepada pembeli kami dan sempena sambutan ulang tahun ke-10 Jualan 12.12 Lazada, pelanggan boleh membeli dan menghantar barangan kepada orang tersayang di seluruh negara tanpa perlu menanggung yuran penghantaran pada musim pemberian hadiah akhir tahun ini,” kata Rick Ting, Ketua Pertumbuhan Pengguna, Lazada Malaysia.

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga berpeluang menikmati tawaran luar biasa, diskaun menarik sehingga 50%, dan hadiah berupa sebuah kereta Nissan Almera Turbo semasa Jualan 12.12 Lazada dari 12-14 Dis

Lazada Bonus: Kumpul sehingga RM320 diskaun tambahan

Sebagai hadiah istimewa daripada Lazada, setiap pembeli dalam kalangan rakyat Malaysia boleh mengumpulkan Lazada Bonus bernilai sehingga RM320 bermula 5 Disember.

Pengguna boleh mengumpulkan Lazada Bonus penuh berjumlah RM320 dengan mengunjungi aplikasi itu setiap hari, bermain Lazzie Star, menyempurnakan misi LazCoins serta berkongsi Lazada Bonus di media sosial dan dari masa ke masa melayari laman sesawang Jualan 12.12 dan produk ditawarkan.

Pada 12 hingga 14 Disember sepanjang tempoh Jualan 12.12, Lazada Bonus yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 untuk membeli produk khusus dengan paparan Lazada Bonus.

Lazada Bonus boleh ditambah kepada diskaun dan baucar sedia ada yang meliputi pelbagai kedai untuk meraih diskaun tambahan 10%. Lebih banyak Lazada Bonus yang dikumpul, bermakna penjimatannya lebih besar.

Diskaun sehingga 50% daripada Brand Mega Offer kegemaran anda di LazMall

Sama ada peranti elektronik, perhiasan rumah, produk kecantikan, fesyen, barang keperluan dapur atau barangan lain, rakyat Malaysia boleh mencari hadiah yang sesuai untuk semua orang semasa Jualan Lazada 12.12, di mana rakan jenama rasmi LazMall menawarkan diskaun sehingga 50%.

Rahsia pakar: Pelanggan boleh mendapatkan tawaran 12.12 teratas dan eksklusif di Lazada dengan mencari kata laluan “1212” melalui fungsi carian pada aplikasi Lazada.

Antara barangan Tawaran Mega Jenama LazMall ialah:

• Samsung Galaxy M32 – RM829 (harga asal RM1,099)
• vivo Y31 – RM799 (harga asal RM999)
• Kerusi urut OGAWA Smart Vogue Prime – RM4,499 (harga asal RM13,299)
• Mesin Kopi Merah Nespresso Inissia – RM419.30 (harga asal RM599)
• Drypers Drypantz (168 keping) RM109.9 (harga asal RM163.20).
• Tablet kunyah Redoxon Double Action – RM19 (harga asal RM29.30)
• Maskara Maybelline Falsies Lash Lift – RM40.41 dan percuma satu gincu bibir (harga asal RM44.90)
• M.A.C Setting Spray – RM110 (dengan dua hadiah percuma)
• Kemeja Polo Ralph Lauren Custom Slim Fit Mesh Polo – RM379 (harga asal RM540)
• Rantai leher emas Wanderlust + Co Crescent Key – RM179.10 (harga asal RM199)
• Beg David Jones Paris Women – RM48.40 (harga asal RM210)
• Selipar selesa tropika wanita Havaianas – RM59.50 (harga asal RM119)

‘Chup Dulu’ untuk diskaun lebih besar bagi tawaran eksklusif

Walaupun dengan semua tawaran hebat yang tersedia pada 12.12, pembeli yang bijak masih boleh memanjangkan ringgit mereka dengan menggunakan Chup Dulu, ciri pra-tempahan pada aplikasi Lazada.

Pelanggan boleh membuat pra tempahan bagi set hadiah bermusim yang sangat eksklusif daripada jenama LazMall yang terkenal seperti Estée Lauder, M.A.C., Lancôme, Amazin’ Graze, LEGO, illycaffè dan banyak lagi dengan hanya membayar deposit 10% mulai sekarang sehingga 11 Disember.

Bermula jam 2 pagi pada 12 Disember, pembeli boleh membuat bayaran bagi tawaran Chup Dulu dengan mudah.

Kini tersedia: Gunakan Lazada Wallet untuk membayar semasa penghantaran

Demi memberikan lebih kemudahan kepada rakyat Malaysia, untuk menggunakan e-Dagang menjelang Jualan 12.12, Lazada Wallet menyediakan pilihan pembayaran semasa penghantaran tanpa tunai di seluruh negara.

Pengguna boleh memilih alternatif digital ini dengan memilih “tunai semasa penghantaran” pada halaman pembayaran, kemudian apabila pesanan tiba, minta kod QR untuk membayar melalui Lazada Wallet menggunakan fungsi imbasan pada aplikasi Lazada semasa penghantaran.

Pembayaran Tanpa Tunai semasa Penghantaran kini tersedia di Lazada Wallet.

Pilihan pembayaran ini bukan sahaja menjamin keselamatan pengguna dengan meminimumkan kontak fizikal tetapi juga memberi ketenangan serta keselamatan yang tinggi.

Pengguna Lazada Wallet untuk kali pertama akan turut menerima rebat RM4 apabila menggunakan pembayaran Lazada Wallet bagi pilihan penghantaran Jualan 12.12.

Lazzie Hunt: Cari Kenderaan Lazada dan imbas Pelekat Lazzie untuk mendapatkan baucar diskaun sehingga RM50 dan peluang memenangi sebuah kereta Nissan Almera Turbo.

Maskot pujaan Lazada, Lazzie, akan turut berada di luar talian bersempena Jualan 12.12 bagi menggembirakan pengguna Lazada dengan baucar istimewa.

Di seluruh negara, rakyat Malaysia boleh melihat dan mengimbas kod QR Lazzie Hunt pada semua kenderaan penghantaran logistik Lazada untuk mengumpul seberapa banyak pelekat Lazzie.

Ini kemudiannya boleh ditukar sebagai baucar diskaun sehingga RM50 di seluruh platform serta berpeluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo.

Dapatkan baucar diskaun sehingga RM50 dan berpeluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo serba baharu dengan bermain Lazzie Hunt.

Kod QR Lazzie Hunt juga akan membuat penampilan istimewa di kedai fizikal rakan kongsi jenama, termasuk Domino’s Pizza, CIMB Bank, US Pizza, Maxis dan OYO.

Bagi memulakan misi mengumpul pelekat Lazzie, pengguna Lazada boleh melayari halaman ini.

LazLive: Saksikan Ketua Pegawai Diskaun memaparkan diskaun eksklusif

Menjelang Jualan 12.12, Lazada akan menganjurkan satu siaran secara langsung kendalian Ketua Pegawai Diskaun mulai 9 malam dari 9-11 Disember menerusi saluran penstriman langsung LazLive di aplikasi Lazada.

Ketua Pegawai Diskaun Lazada sendiri, Ain Edruce, bersama Sissy Iman dan Shaun Stephen, akan menghoskan rancangan itu bagi memberi ganjaran kepada penonton dengan baucar eksklusif bernilai lebih RM30,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Akhir Tahun Besar Lazada 12.12, klik di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lazada 12.12 penghantaran percuma, klik di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.